GEORGE TOWN – Empat lelaki termasuk tiga penjawat awam antara ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas didapati berkhalwat dengan wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.
Operasi bermula jam 3 petang hingga 7 malam di 10 lokasi sekitar pusat bandar dan Butterworth itu turut membongkarkan kegiatan hidung belang dua anggota beruniform.
Turut ditahan seorang wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.
Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, Ops Noda itu dilakukan susulan pihaknya melakukan risikan selain menerima aduan daripada para isteri yang mendakwa suami mereka terlibat dalam kegiatan tidak bermoral terbabit.
Jelas Mohd Azizon, hasil serbuan mendapati kesemua tangkapan dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung disebalik pusat urutan tradisional.
“Dalam serbuan itu, kita menahan empat lelaki termasuk tiga penjawat awam berusia 30 hingga 45 tahun dan semakan juga mendapati ada yang berstatus suami orang.
“Lebih mengejutkan ada penjawat awam yang meninggalkan pejabat waktu bekerja semata-mata untuk mendapatkan khidmat seks.
“Selain itu, kebanyakan mereka memberi alasan mendapatkan khidmat pelacuran untuk menghilang penat,” katanya kepada pemberita sebaik selesai operasi hari ini.
Tambahnya, siasatan terhadap wanita-wanita yang menawarkan khidmat seks pula mendapati mereka menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan, namun ada juga yang hanya makan gaji semata-mata daripada tauke premis.
“Selalunya kita buat operasi sebegini pada waktu malam tapi risikan kita dapati modus operandi lelaki hidung belang kini mendapatkan khidmat seks di pusat urut pada waktu siang.
“Tangkapan semua dibawa pejabat JHEAIPP untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahn Jenayah Syariah negeri Pulau Pinang 1996,” jelas beliau. – MalaysiaGazette
mungkin penjawat tu tidak mendapat layanan yg memuaskan dari isteri di rumah..biasanya Queen control
Takziah
Lebih xperience.. itulah sebabnya si suami lebih ganas dari si bujang. Haha
Nan Adnan.
Perlakuan zina itu pilihan. Bukan salah isteri.