Melayu angkuh
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Mahathir Mohamad yang bertindak keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) mendakwa gabungan itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan tersebut gagal menarik sokongan pengundi terutama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu.

“(Jawatan Pengerusi GTA) yang itu (perkara) lama… (kini saya) tidak ada (sebarang jawatan), (matlamat penubuhan) GTA tidak jadi, (GTA) tidak membantu kita (untuk menang pilihan raya), kerana ia (berbentuk) parti.

“Kita dapati kalau (bergerak) sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), GTA dan (Parti) Pejuang (Tanah Air) kalah 125 kerusi (yang ditandingi selain hilang deposit),

“GTA (sebelum ini juga) kita tidak (dapat) register, (kita) belum register (sebagai sebuah parti yang sah), (oleh kerana) GTA not functioning dan tidak bergerak, (saya kini tidak bersama mereka),” katanya memetik laporan Astro Awani.

Mahathir berkata, beliau kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam GTA.

Februari lalu, Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersama 12 lagi ahli yang lain.

Sebelum ini beliau memegang jawatan Pengerusi Penaja GTA kerana gabungan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu kini giat bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

Pada 3 Mei lalu, media melaporkan beberapa pemimpin Pas termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui Mahathir.

Proklamasi itu menimbulkan beberapa spekulasi termasuk dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah susulan pembabitan ahli Parlimen parti itu dengan proklamasi terbabit, selain ia didakwa usaha memancing undi Melayu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast