ratusan PATI yang bersesak menginap di rumah pangsapuri sewa di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini digempur IMIgresen KL Khamis lalu.Ihsan JIM KL

KUALA LUMPUR – Ratusan warga asing yang menyewa pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, di sini, panik apabila setelah Jabatan Imigresen melakukan serbuan menerusi Op Sapu pada Khamis lalu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 12.15 tengah malam berikutan aduan penduduk tempatan tentang kebanjiran warga asing di pangsapuri tersebut menyaksikan pemeriksaan dilakukan ke atas hampir 100 buah kediaman.

“Hasilnya seramai 254 warga asing telah diperiksa sebelum 91 PATI (pendatang asing tanpa izin) termasuk 28 wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun telah berjaya diberkas dalam serbuan itu.

ratusan PATI yang bersesak menginap di rumah pangsapuri sewa di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini digempur IMIgresen KL Khamis lalu.Ihsan JIM KL

“Mengikut pecahan, kesemua tangkapan PATI itu terdiri daripada 33 orang warga Indonesia, Bangladesh (21 orang), sembilan warga Pakistan, Myanmar (17 orang ), Nepal (8), India (2) dan seorang warga Filipina.

“Semasa serbuan dibuat, Penguatkuasa Imigresen mendapati segelintir PATI ini cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Syamsul Badrin, mereka yang ditahan itu bekerja sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan di sekitar Bangsar.

Tabah beliau, pangsapuri yang disewa mempunyai tiga bilik dan kebanyakannya telah diubahsuai oleh pemilik asal rumah bagi membolehkan sebuah kediaman menampung sehingga 10 orang.

ratusan PATI yang bersesak menginap di rumah pangsapuri sewa di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini digempur IMIgresen KL Khamis lalu.Ihsan JIM KL

“Operasi ini akan terus dijalankan dalam usaha membendung kebanjiran PATI di negara ini dengan menyalahi undang-undang negara dan mengganggu ketenteraman awam,” ujarnya.

Katanyam PATI yang ditangkap itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast