JOHOR BAHRU – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ( KPKT) memperuntukkan sebanyak RM23.1 juta kepada 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.-
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Tuan Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu termasuk RM1.3 juta bagi menaik taraf dan membaik pulih insfrastuktur di Anjung Selera Laman Tasek Pandan dan Gerai Jalan Biru, Taman Pelangi.
“Kita akan naik taraf dan tambah baik Anjung Selera Laman Tasek Pandan unit gerai ruang makan, tandas awam bertaraf tinggi, bumbung berbekal tanaga solar, sistem perparitan, pemasangan perangkap minyak dan turap semula jalan sekitar gerai.
“Bangunan ini memenuhi kehendak indeks bangunan hijau dan ianya menjadi hala tuju kementerian.
“Penyaluran peruntukan ini diagih mengikut keperluan dan ianya merupakan sentuhan kasih KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara demi pembangunan negara.
“Peruntukan ini berlandaskan pelaksanaan atau “performance-based budget” ini penting bagi mengelakkan pembaziran, pemborosan dan ketirisan dalam perbelanjaan negara dan bertujuan bag memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap keseiahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan,” katanya selepas melakukan tinjauan di Anjung Selera Laman Tasik Pandan hari ini.
Kata Kor Ming, RM8.5 juta pula diperuntukkan bagi menyelenggara 28 buah kolam takungan di 16 PBT dan baki RM13.3 juta diperuntuukan untuk 35 projek menaik taraf kemudahan awam termasuk tandas,taman permainan,pasar awam dan medan selera.
“Kesemua projek ini akan dimulakan secepat mungkin pada tahun ini dan perlu siap dan wajib siap akhir tahun ini.
“Sebanyak RM21.7 juta juga telah diluluskan sebelum in bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan insfrastruktur awam bagi tahun 2023 di bawah PBT Johor.
“Peruntukan tersebut merangkumi pelaksanaan projek bagi kategori infrastruktur, kemudahan awam, sosio ekonomi dan keselamatan termasuk projek naik taraf kolam takungan banjir di seluruh Negeri Johor,” katanya.
KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan PBT seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan mampan demi meningkatkan perkhidmatan dan kesejahteraan awam.- MalaysiaGazette