Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia bukan negara pengeluar gula mentah, oleh itu gula pasir sepatutnya tidak perlu disubsidikan, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Veteran UMNO dan juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, ironinya, harga runcit gula pasir di Thailand lebih tinggi berbanding Malaysia walaupun ia merupakan negara pengeluar gula mentah.

Disebabkan perbezaan ketara harga runcit antara Malaysia dengan negara-negara jiran menyebabkan gula pasir di sini diseludup.

“Kesimpulannya, subsidi dari kerajaan kita dinikmati oleh penduduk negara-negara jiran

“Hebatkan strategi ekonomi negara kita!,” sindirinya.

Beliau mengulas mengenai harga subsidi gula di Malaysia berbanding negara-negara lain.

Di Malaysia, harga sekilo gula putih dijual pada RM2.85 sekilogram – paling murah di ASEAN.

Berbanding Singapura dan Brunei RM6.32, Vietnam (RM6.20), Filipina (RM8.53), Myanmar (RM6.41), Kemboja (RM5.37), Indonesia (RM4.30), Laos (RM4.13) dan Thailand (RM3.20).

Selain Thailand, Filipina dan Indonesia juga adalah pengeluar gula.

Shahrir berkata, subsidi pukul gula yang diberikan oleh kerajaan turut dinikmati oleh golongan kaya, sedangkan mereka perlu kepada subsidi ini.

Menurutnya, pada 2008 (15 tahun dulu), dalam tahun terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan beliau berada di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, kerajaan telah memansuhkan subsidi gula pasir.

Pada tahun berikutnya, Datuk Seri Najib Razak perkenalkan pula bantuan tunai kepada golongan B40 dan subsidi gula pasir diberikan secara bersasar kepada isi rumah B40.

“Itulah permulaan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang mengumpulkan berbagai subsidi kerajaan yang dulu dibuat secara pukal ditukarkan kepada subsidi bersasar.

“Sekarang, kita mundur balik ke belakang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast