KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah, Mid Valley City, di sini, ditutup sementara waktu berikutan kebakaran yang berlaku di sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di bahagian luar pusat membeli-belah itu.

Pengurusan Mid Valley City yang mengesahkan kebakaran itu berkata, berikutan keutamaan keselamatan pelanggan, pusat membeli belah itu kini melaksanakan pemotongan bekalan elektrik sehingga pihak berkuasa menyambungnya kembali.

Menurutnya, bomba tiba di lokasi pada jam 10.42 pagi bagi memadamkan kebakaran.

“Pada jam 11.38 pagi kami mengesahkan tiada kecederaan atau kahilangan nyawa dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini sedang melakukan siasatan.

“Kami memohon maaf terhadap sebarang kesulitan dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pelanggan kekal menjadi keutamaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast