KUALA LUMPUR – Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof. Dr. Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi tadi.
Facebook rasmi ABIM Pusat dalam kenyataan memaklumkan, allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jenazah Razali akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi pada pukul 10 pagi dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail antara yang melawat allahyarham ketika sakit hujung minggu lalu.
Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.
Allahyarhan pernah berkhidmat di Dekan Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dari tahun 1983 hingga 1993.- MalaysiaGazette