Mohd Jamal.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 58 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan jual beli sarung tangan.

Mohd Jamal Omar dengan alamat terakhirnya Villa Mawar No 7, Jalan MP 11, Melaka Perdana Resort Homes, Bukit Katil, Melaka itu dilaporkan terbabit dengan penipuan hampir RM13 juta.

Polis Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, sebuah syarikat tempatan membuat laporan polis mengenai penipuan dalam urusan jual beli sarung tangan yang dilakukan pemilik sebuah lagi syarikat tempatan.

“Penipuan itu membabitkan kerugian hampir RM13 juta pada tahun 2020 dan susulan itu, pihak polis sedang mengesan Mohd Jamal bagi membantu siasatan.

“Lelaki terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Pulau Pinang di talian 04 222 1779 atau 012 493 7979,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast