Sadio Mane. Foto Sky Sports.
LONDON – Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane dikaitkan dengan potensi perpindahan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pemain tersebut dilaporkan bakal dilepaskan gergasi Jerman itu, lapor Sky Sports.
Laporan itu menyebut terdapat dua pasukan yang berminat untuk membeli pemain itu yang mana Manchester United dan Newcastle United dianggap sebagai pasukan dalam radar untuk menyambar Mane.
United ketika ini mencari penyerang berpengalaman untuk musim hadapan dan nama Mane mungkin menjadi pilihan memandangkan keupayaannya di bahagian serangan ditambah pengalaman bermain di EPL sebelum ini.
Sepanjang bermain bersama Southampton dan Liverpool, pemain antarabangsa Senegal itu telah berjaya memiliki rekod sebanyak 111 gol.

Bulan lalu, Bayern menggantung Mane satu perlawanan apabila bergaduh dengan Leroy Sane selepas kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Manchester City.

Akhbar Bild melaporkan bekas pemain sayap City, Sane ditumbuk di muka oleh Manehingga luka di bibir selepas kekalahan itu. – MalaysiaGazette