SEREMBAN – Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan yang mengatakan arahan dikeluarkan kepada pesakit yang masih tidak stabil untuk keluar dari wad hospital berkenaan, seperti tular di Facebook.
Pengarahnya, Dr Zaleha Md Noor berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.
“HTJ memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan membincangkan mengenai aduan yang tular ini.
“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Hari ini, tular catatan menerusi Facebook seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa suaminya diarahkan untuk keluar dari wad di HTJ walaupun masih berada dalam keadaan tidak stabil. – BERNAMA
bila sistem dekat hospital ni nak dimajukan, semua perlahan