Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini memohon maaf secara terbuka kepada pendakwah, Dr Zakir Naik kerana memfitnah melalui kenyataannya pada satu ceramah empat tahun lalu.
Ia dibuat selepas Mahkamah Tinggi mendapati kenyataannya dalam ceramah bertajuk ‘Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)’ pada 25 November 2019, adalah satu fitnah.