Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan kenyataannya bahawa ketidakstabilan politik sejak beberapa tahun lalu merupakan antara faktor prestasi sukan negara merudum, termasuk pada Sukan SEA 2023.

Jelas beliau, pertukaran kerajaan mengakibatkan perubahan kepimpinan dalam institusi berkaitan sukan, sekali gus merencatkan program-program memperkasakan sukan negara.

“Saya sudah jangka soalan ini, jadi saya ada fakta di sini untuk membuktikan bagaimana pencapaian atlet kita terganggu. Dalam empat tahun lepas kita telah bertukar Perdana Menteri dan tiga Menteri Belia dan Sukan.

“Julai 2018, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mempunyai hanya 20 bulan untuk membuat persiapan sebelum Langkah Sheraton berlaku, kemudian Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ada 18 bulan, yang seterusnya ada 16 bulan.

“Setiap kali kita bertukar ada penukaran ahli lembaha pengarah, peruntukan juga berubah-ubah termasuk fokus.

“Saya nak petik satu peristiwa sahaja khas dalam butiran Bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober 2021, tidak ada menyatakan peruntukan yang diberikan untuk program Podium pada 2022 mengakibatkan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program. Jadi ini adalah salah satu faktornya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari (Pas) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada Sukan SEA 2023 Kemboja, Malaysia mencatatkan prestasi terburuk pada temasya sukan dwitahunan itu apabila membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa untuk berada di tangga ketujuh.

Sehubungan itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan sukan (KBS) menubuhkan Jawatankuasa Road To Go bagi memastikan ketidakstabilan politik tidak menjejaskan perkembangan sukan.

“Jawatankuasa ini kita masukkan bekas atlet, persatuan sukan kebangsaan dan juga pihak pengurusan sukan yang berpengalaman untuk memastikan walaupun tidak ada menteri, jawatanklusa itu tetap berjalan untuk pastikan tidak ada lagi gangguan kepada latihan atlet kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Alasan ni bukan sahaja alasan bodoh malah cuba memperbodohkan rakyat. Yang pastinya kita punya menteri yang bodoh dan tak tahu byat kerja. Polirik tak stabil konon. Poorah.

  2. Apa kena mengena politik dgn atlit sukan? Statement yg tidak berasas dan bodoh yg pernah saya baca dan dengar.. letak jawatan adalah jalan yg terbaik menteri.. ko mmg x layak jadi tongkol dkt KBS

Comments are closed.