Gambar hiasan

SEBAGAI persediaan ke tanah suci, bakal jemaah haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan mulut dan gigi di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi
mengetahui status kesihatan diri, memastikan status kesihatan jemaah berada pada paras optima dan mengelakkan ibadah haji terjejas disebabkan faktor kesihatan. Mengerjakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam ke-5 adalah impian ramai Muslimin dan muslimat.

Kemungkinan besar ibadah ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja seumur hidup disebabkan faktor kos biaya yang meningkat dan keperluan menunggu giliran. Oleh itu, bakal jemaah haji perlu membuat persiapan rapi dari segala aspek agar apabila tiba giliran menunaikan haji, mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan tenang dan sempurna.

Pemeriksaan mulut dan gigi juga penting serta digalakkan sebagai persediaan jemaah menunaikan ibadah haji. Kesihatan mulut yang optima akan membuat anda selesa semasa menjalankan ibadah. Terdapat beberapa panduan yang boleh diamalkan untuk memastikan gigi sentiasa terjaga.

Antara lain adalah amalan penjagaan gigi secara berkala dan mendapatkan nasihat doktor gigi yang bertauliah, penggunaan berus gigi berbristel lembut yang baik untuk gigi dan gusi, penggunaan flos gigi dengan teknik yang betul. Amalan diet yang sihat dengan mengelakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan meninggalkan amalan merokok yang boleh mendorong kepada kerosakan gigi dan gusi juga boleh meningkatkan kesihatan gigi.

Terdapat beberapa panduan yang boleh diamalkan untuk memastikan gigi sentiasa terjaga. Antara lain adalah amalan penjagaan gigi secara berkala dan mendapatkan nasihat doktor
gigi yang bertauliah, penggunaan berus gigi berbristel lembut yang baik untuk gigi dan gusi, penggunaan flos gigi dengan teknik yang betul. Amalan diet yang sihat dengan mengelakkan makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi dan meninggalkan amalan merokok yang boleh mendorong kepada kerosakan gigi dan gusi juga boleh meningkatkan kesihatan gigi.

Amalan-amalan penjagaan gigi ini dapat mengelakkan pembentukan plak gigi yang boleh membawa kepada masalah nafas berbau, sakit gusi dan gigi berlubang. Antara yang
disarankan oleh beliau sebagai asas persediaan sebelum menjejak kaki ke tanah haram termasuklah menjalani pemeriksaan gigi keseluruhan bagi memastikan semua tampalan
dan prostetik gigi (gigi palsu) berada di dalam keadaan baik sepanjang tempoh haji.

Hal ini dikatakan demikian sekiranya bakal jemaah memerlukan tampalan bagi gigi yang berlubang atau akar/gigi yang perlu dicabut, lakukanlah sebelum berangkat menunaikan
haji. Kedua menjalani prosedur penskaleran demi menjaga kesihatan gusi, yang setaraf kepentingannya. Tanda-tanda gusi yang tidak sihat seperti gusi berdarah boleh
menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal seperti bengkak gusi dan penanahan semasa tempoh haji.

Demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan Unit Pergigian klinikal di fasiliti kesihatan Tabung Haji –
Kementerian Kesihatan Malaysia (TH-KKM). Unit Pergigian ini beroperasi di Pusat Rawatan Tabung Haji (PRTH) di Syisyah, Makkah. Bakal jemaah juga boleh mendapatkan maklumat terkini dari laman web Tabung Haji, KKM dan juga maklumat dari Arab Saudi mengenai klinik pergigian di Mekah dan Madinah berhampiran maktab atau hotel.

Semoga panduan penjagaan kesihatan ini dapat membantu jemaah haji dalam menjaga kesihatan mereka sebelum, semasa mengerjakan ibadah haji dan selepas pulang ke tanah
air.

Oleh: Prof. Dr. Nor Adinar Baharuddin
Timbalan Dekan (Penyelidikan)
Fakulti Pergigian
Universiti Malaya