Aderrien menunjukkan kesan luka akibat ditembak oleh anggota polis. foto Twitter

JACKSON – Budak lelaki 11 tahun yang ditembak oleh seorang anggota polis selepas dia menghubungi pasukan keselamatan itu untuk mendapatkan bantuan telah dibenar keluar hospital, kata keluarganya.

Polis Mississippi tiba di rumah Aderrien Murry pada Sabtu lalu selepas menerima panggilan gangguan domestik yang dibuat oleh budak lelaki itu.

Anggota polis yang tiba di rumahnya telah menembaknya pada dada mangsa, menurut ibunya.

“Anak saya sempat bertanya kepada anggota polis itu, “apa yang saya buat?” sejurusĀ  ditembak.

Susulan kejadian tersebut, anggota polis berkenaan telah diberi cuti kerana kes masih dalam siasatan Biro Siasatan Mississippi.

Kanak-kanak lelaki itu semakin pulih selepas menerima rawatan dari hospital tempatan akibat kecederaan pada paru-paru, tulang rusuk patah dan hati.

Ibunya, Nakala Murry, mendesak anggota polis berkenaan didakwa.

Pada sidang akhbar pada hari Isnin di luar Dewan Bandaraya Indianola, Murry berkata, dia meminta anaknya menghubungi polis selepas bapa kepada seorang lagi anaknya muncul di rumah mereka dalam keadaan marah.

Apabila anggota polis Indianola itu tiba, bertindak mengacu pistolnya di pintu depan sambil meminta semua orang di dalam untuk keluar.

Ketika anaknya membelok ke satu sudut lorong, anggota polis itu melepaskan tembakan lalu terkena dada Aderrien, katanya.

“Kata-katanya ialah: ‘Mengapa dia menembak saya? Apa yang saya lakukan? dan dia mula menangis,” cerita Murry.

Aderrien kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Mississippi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast