Poster filem Tiger Stripes.

KUALA LUMPUR – Filem tempatan berjudul Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu mencatat sejarah menjadi filem Malaysia pertama menang hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ke-62.

Menerusi kemenangan itu, Amanda membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM49,602.

Amanda pula menerusi sebuah hantaran berkongsi nota daripada juri Kim Yutani yang menggambarkan filem itu sebuah karya berkisar tenaga suci haiwan.

“Ini adalah filem yang menyalurkan dalaman menjadi luaran atau sebaliknya. Bagaimana transformasi daripada seorang perempuan yang berdepan ketakutan dan disisihkan. Baik sebagai individu dan masyarakat,” tulis Yutani.

Filem itu akan turut dipertandingan untuk acara Camera d’Or prize, sebuah anugerah khas buat filem rencana terbaik.

Pemenang akan diumumkan pada acara penutup Filem Festival Cannes, esok.

Tiger Stripes adalah filem keempat Malaysia yang bertanding untuk Minggu Kritik Antarabangsa Cannes sejak 2010. – MalaysiaGazette