KOTA BHARU – UMNO Kelantan menyifatkan penyertaan Tan Sri Annuar Musa bersama Pas umpama kahwin terpaksa demi kepentingan peribadi, bukan masa depan parti.
Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman menjelaskan, setiap kali Presiden Muafakat Nasional (MN) itu cuba memberi alasan, ia bagaikan seseorang yang makan cili, tetapi terpaksa menyatakan rasanya manis.
“Walhal, ianya sangat pedas untuk ditelan, tetapi biarlah dia nak cakap manis atau apa, pokoknya kita faham perasaannya.
“Siapa tidak kecewa jika berada di tempatnya, lebih lagi apabila anaknya (Afiq Amani) masih kekal berjuang dalam UMNO. Ini menunjukkan parti ini masih lagi relevan.
“Kalau tidak relevan, tentunya Annuar sendiri akan memaksa anaknya keluar parti dan ajak bersamanya dalam Pas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Annuar semalam dilapor menjelaskan, beliau memilih Pas untuk meneruskan karier politiknya selepas dipecat UMNO.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai Pas kerana berpendapat parti itu kini adalah parti dominan dalam memperjuangkan Islam di negara ini.
Menurut Zawawi, UMNO sudah masak dengan Annuar yang kadang-kadang propaganda dan sembangnya lebih kepada hendak menarik perhatian parti barunya supaya dilihat penting serta relevan.
Kata beliau, kalau BN-PH diibaratkan seperti kahwin paksa dengan semua pimpinan membuang segala ego dan perbedaan pendapat mereka demi menyelamatkan pentadbiran negara, tetapi Annuar dan Pas pula adalah kahwin terpaksa yang tentunya hanya memikirkan perihal survival peribadi sendiri. – MalaysiaGazette
Zawawi Othman ni cam pepatah “marah anak sindir menantu”. Apa cer KETUA SPEAKER dengan anaknya MP PKR tu? Zawawi dah dapat HIDU ke wakil yang pelawa PAS sertai kerajaan?
Zawawi hisap rokok cap apa tu hingga otak tidak berfungsi, jangan ambil pil kuda ya…
PRN 6 NEGERI dekat dah tu… kumpul duit banyak-banyak ya..
Sayonara goodbye Zahid Hamidi