Mayat anggota tentera lemas di Sungai Air Leleh ditemui di dasar Sungai Lelah, Bukit Abam.

KUANTAN – Aktiviti bermandi sungai bertukar tragedi apabila seorang anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam, Muadzam Shah petang tadi.

Mangsa, Mohd Sabrie Syabrie Mohd Shah, 28 ditemui di dasar sungai itu pada jam 6.55 petang setelah dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti riadah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 3.17 petang.

Sejurus menerima panggilan, seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, Pekan dan Kuantan dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan menyelamat seterusnya membuat pencarian di permukaan air dan menemui mangsa 20 minit kemudian,” katanya.

Mayat mangsa yang merupakan anggota tentera beralamat di Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast