Norizam Tukiman.

KUALA LUMPUR – Pemain Kelantan FC akhirnya mendapat berita gembira untuk meraih kemenangan selepas pemilik pasukan, Norizam Tukiman mengesahkan pihak pengurusan sudah membayar semua gaji dan tiada tunggakan.

Malah, Norizam yang lebih mesra disapa Zamsaham iurut mengesahkan baki gaji sebanyak 50 peratus yang ditahan akan dibayar semuanya, sekali gus mengharapkan pemain dapat memberikan aksi yang terbaik berdepan Kelantan United, Jumaat ini.

“Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.

“Saya telah bayar semua gaji, tiada tunggakan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik.

“Saya nak menang sebenarnya. Itu sahaja,” tulis Norizam di Facebook miliknya di sini.

Dalam perkembangan sama, Norizam turut menegaskan pasukan itu tidak berdepan tunggakan gaji dua bulan, meskipun ada pembayaran gaji dibuat secara berperingkat namun semua pemain tetap mendapat gaji penuh.

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan.

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir iya takdir, tapi kenalah usaha lebih,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast