Wetland Studios Putrajaya menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar.

KUALA LUMPUR – Setelah berkecimpung dalam industri kreatif selama lebih 31 tahun dan melalui pelbagai fasa perniagaan, jenama KRU kini mengembangkan sayapnya  memperkenalkan taman tema yang  dinamakan sebagai Wetland Studios Putrajaya.

Wetland Studios Putrajaya  merupakan kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn.  Bhd. di mana KRU dilantik sebagai rakan kerjasama bagi pengoperasian Wetland Studios Putrajaya.  

Terletak kawasan air tawar tropika buatan manusia terbesar di iaitu Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah  taman tema didik-hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi.

Taman teman ini menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar selain menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat, serta flora  dan fauna.

Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan  mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem  pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok,  bunga dan lain-lain. 

“Pengalaman immersive reality di Wetland Studios Putrajaya merangkumi  aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula  jadi; teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) serta Virtual Reality (VR).

“Juga kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi  termasuk Zan Orang Utan (filem animasi terbitan KRU dan Astro Shaw yang  bakal menemui penonton pada tahun 2024) dan KiKaKo Kids (kerjasama  bersama Universal Music) yang kini didalam proses penerbitan sebagai siri  televisyen,” kata KRU dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, bagi fasa pertama iaitu tempoh pra-pelancaran mulai 26 Mei lalu 31  Ogos ini, 12 ruangan kini dibuka iaitu Insectopia, Dinosaur  Encounter, Stegodon Big Break, Caventure, Jungle Jive, Sky Sanctuary, Flamingo Parade, Sky Dreams VR, Artopia, Aviary Archive, EduPlay Centre dan Migration in Motion.

Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan  September 2023 dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan  tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.  

Wetland Studios Putrajaya beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 petang, setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Sepanjang tempoh pra-pelancaran, Wetland Studios Putrajaya menawarkan  harga istimewa kepada pengunjung serendah RM12 bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

“Kami menawarkan harga tiket serendah mungkin agar pengalaman di Wetland Studios Putrajaya dapat dinikmati oleh pelbagai  lapisan masyarakat khususnya yang datang bersama keluarga.

“Kami  berharap agar pengalaman ini akan memberikan maklumat berharga untuk kita menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama meninggalkan memori  indah dengan orang-orang yang tersayang” kata Datuk Norman Abdul Halim yang Presiden Wetland Studios.  

Wetland Studios Putrajaya beroperasi dari 10 pagi hingga 7 petang setiap hari termasuk hujung minggu  dan cuti awam. 

Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Wetland Studios  Putrajaya. Pembelian tiket dalam talian akan disediakan di laman sesawang www.wetlandstudios-putrajaya.com mulai esok. – MalaysiaGazette

Wetland Studios Putrajaya dibangunkan hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn. Bhd.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast