KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak memberi gambaran negatif terhadap Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa, data menunjukkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO ditolak oleh pengundi Melayu.
“Ini adalah data yang perlu perhatian daripada semua pihak tanpa melabelkannya dengan apa-apa label negatif. Ia adalah fakta yang perlu dibicarakan secara terbuka oleh semua yang prihatin mengenai halatuju negara, bukan sahaja oleh orang politik tapi juga ahli akademik, NGO, dan orang awam.
“Saya melihat kerajaan sekarang cuba menutup kegagalan mereka dengan melakarkan seolah-olah PN adalah parti perkauman. Arahan Zahid kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ini hanyalah satu lagi strategi mereka untuk menambah lakaran tersebut. Dia nak imply seolah-olah mereka suci tapi orang lain kotor.
“Padahal kami dalam PN konsisten memperjuangkan kemakmuran bersama untuk semua bangsa dan agama,” katanya menerusi kenyataan.
Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Zahid sebagai terdesak kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjelang tidak lama lagi.
Menurutnya, PN secara konsisten akan memperjuangkan isu-isu berkisarkan rakyat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kawalan harga barang, bantuan kos sara hidup dan banyak lagi.
“Saya melihat arahan Zahid ini hanya untuk mengalih perhatian rakyat dan menutup kegagalan PH-UMNO yang semakin terserlah. Zahid semakin terdesak kerana PRN sudah dekat.
Baru-baru ini dilaporkan, Zahid meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi SKMM untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman media sosial untuk diambil tindakan.
Katanya, berdasarkan laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik.
Ia susulan daripada laporan mengenai hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan serta diskriminasi dicetuskan ahli politik, menguasai platform media sosial utama di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI mana ada CERDIK.. dari Ismail (UMNO). jadi PM lagi dia mengelupur suruh bubar Parliament katanya rakyat menyokong PENUH UMNO PRU 15 hasilnya kelaut. Seperkara lagi perlu ada DALIL dibukukan kerana Allah telah memberi PELUANG DUA KALI jadi TPM kenapa ZAHID HAMIDI tidak MENGHIDU dirinya? goodbye Zahid Hamidi sayonara