Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands IHA
Dari kiri Frankie So, Hanto Djoko Susanto, Joe Yap dan Clarence Wong.

KUALA LUMPUR – ION Delemen Hospitality (ION Delemen) bersama Gloria Hotels & Resorts China menandatangani International Hotels Alliance (IHA-perjanjian pakatan hotel-hotel antarabangsa) dengan Omega Hotel Management Indonesia dan Tang Living Group (Hong Kong), baru-baru ini bagi meluaskan sayapnya dengan kerjasama antarabangsa.

ION Delemen adalah entiti yang menguruskan rangkaian Grand Ion Delemen Hotel manakala Gloria Hotels & Resorts pula syarikat pengurusan peneraju hotel.

Perjanjian itu bertujuan membina hubungan kukuh yang terjalin dalam kalangan rakan kongsi melalui sistem tempahan dalam talian berpusat serta pengagihan kempen.

Dengan perjanjian global yang diperluaskan itu, keempat-empat rakan kongsi ini akan mengukuhkan lagi pakatan strategik bagi memacu prestasi dan tempahan hotel.

Para pengembara dari seluruh dunia kini boleh menerokai lebih 150 hotel di empat negara dengan pelbagai jenama berbeza daripada kelas mewah hingga ekonomi.

International Hotels Alliance (IHA) menjadi peneraju hotel-hotel yang terletak di destinasi pelancongan popular seperti China, Indonesia, Hong Kong dan Malaysia serta banyak lagi pada masa akan datang.

Perjanjian strategik ini membina hubungan kukuh dalam kalangan rakan-rakan kongsi menerusi sistem tempahanan secara dalam talian serta pengagihan kempen.

Malah, pakatan ini bakal menyaksikan keempat-empat rakan strategik ini yang amat popular dalam kalangan pengembara tempatan, memacu prestasi dan tempahan masing-masing.

Rakan-rakan kongsi ini juga akan meningkatkan kolaborasi dalam inisiatif pemasaran pengembaraan dan pelbagai kempen taktikal serta tawaran istimewa untuk ahli-ahli seperti menikmat faedah platinum ketika tinggal di hotel dan resort IHA.

Data daripada platform transaksi yang canggih juga akan mengoptimumkan lagi pengalaman tempahan untuk pengembara.

Selain itu, hotel-hotel boleh memanfaatkan melalui rangkaian rakan kongsi dan keupayaan penstriman interaktif secara langsung.

Siri aktiviti pemasaran yang mengujakan juga akan dapat dilayari di laman web rasmi IHA yang akan dilancarkan pada Julai ini yang membolehkan rangkaian hotel menggunakan alat kit pengurusan trafik kepada produk dan tawaran kandungan mereka.

Pengarah Eksekutif Ion Delemen Hospitality, Datuk Joe Yap berkata, sejajar dengan pemulihan ekonomi di seluruh dunia, para pengembara akhirnya kembali dan memasuki ‘laluan pantas’ pembangunan, yang memberi keyakinan dan motivasi kepada IHA untuk mengembangkan pengembaraan bisnes dan santai serta pasaran MICE terutama menjadikan Grand Ion Delemen dan hartanahnya lebih daripada sebuah hotel destinasi di puncak puncak Genting Highlands.

 Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands
Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands

Ini kerana IHA menyediakan peluang untuk berkomunikasi dalam talian antara hotel dan para penggembara.

“Ia adalah masa dan tempat yang sesuai untuk perniagaan berkembang dan IHA memberi peluang kepada kami untuk meneroka pasaran dan saluran lebih luas,” kata Yap.

Perjanjian itu merupakan peristiwa penting bagi kedua-dua syarikat untuk mengukuhkan liputan, memperkasa pengedaran digital global dan kehebatan pemasaran.

Langakah ini akan mengukuhkan Kumpulan Pengurusan Hotel Omega dan Alliances untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat daripada para pengembara yang membuat tempahan ketika industri pelancongan membuat langkah-langkah yang besar dalam pemulihan dan pembukaan semula.

Perjanjian itu ditandatangani dibuat oleh Frankie So, Pengarah Urusan Tang’s Living Group, Hanto Djoko Susanto, Pengarah Presiden Omega Hotel Management, Pengarah NCT Alliance Berhad, Joe Yap dan Naib Presiden Gloria Hotels & Resorts, Clarence Wong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast