JOHOR BAHRU – Sebanyak 187 buah premis termasuk restoran dan kedai yang dijadikan sindiket perjudian haram di negeri ini akan dipotong bekalan elektriknya dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.
Operasi ini bermula semalam hingga esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, premis-premis itu didapati telah menjalankan operasi perjudian haram sejak tiga hingga enam bulan lalu.
Menurutnya, tindakan ini mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, melibatkan kesemua daerah di negeri ini dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, 183 pegawai dan anggota polis, 63 kakitangan TNB serta 31 penguatkuasa PBT terlibat dalam operasi dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu.
Dalam pada itu, sejak 1 Januari lalu hingga hari ini, seramai 711 individu dikesan terlibat dengan sindiket perjudian haram.
Suspek yang ditahan berusia 17 hingga 60 tahun menerusi 632 serbuan dijalankan pihaknya sepanjang tempoh berkenaan.
“Sepanjang operasi itu, polis merampas 782 buah telefon bimbit, lapan tab, enam komputer dan wang tunai sebanyak RM237,918.
“Kita akan giatkan usaha untuk memastikan kegiatan perjudian haram dapat dihapuskan daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Tambah beliau, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada terhadap individu yang terlibat dengan kegiatan sindiket perjudian haram.-MalaysiaGazette
Sudah biasa dengar alasan pihak berkuasa YANG AKAN menjalankan pemantauan dan tindakan..tahu tahu ada juga. paling menghairankan bekalan elektrik boleh pulak disambung. tindakan selalu mesti bersepadu..
Sampai kiamat drama begini akan dilihat oleh rakyat Malaysia. Ingat mati itu pasti, siksa kubur pasti, syurga neraka pun pasti.