SAC Sheik Azhar Sheik menyerahkan surat pelantikan kepada Mohamad Fikri Mohamad Mokhtar keanggotaan skuad pengurusan jenazah di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Markas Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing hari ini menubuhkan Skuad Pengurusan Jenazah Briged Tenggara Al-Muhammadi.

Komander Briged Tenggara, SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata, penubuhan skuad itu bagi membantu kariah masjid tersebut termasuk individu yang memerlukan khidmat bantuan dan nasihat berkaitan pengurusan jenazah.

”Penubuhan skuad ini, adalah selari dengan tuntutan fardhu kifayah, bagi Kariah Masjid Al Muhammadi. Markas Briged Tenggara, Kem Bukit Galing.

”Bagi pengurusan jenazah lelaki, seramai 12 orang dilantik, yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam, serta kariah Masjid Al Muhammadi, yang akan diketuai oleh Inspektor Muhamad Azrullah Azman, Pegawai Integriti Briged Tenggara,” katanya ketika berucap semasa perasmian penubuhan skuad pengurusan jenazah itu di Kem PGA Bukit Galing, hari ini.

Pada majlis itu beliau menyampaikan surat pelantikan kepada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohamad Fikri Mohamad Mokhtar dan Ahli PERKEP, Ainie Rahak.

Menurut Sheik Azhar, agi pengurusan jenazah wanita, seramai 6 orang dilantik, terdiri daripada pegawai awam dan ahli PERKEP, yang akan dipimpin oleh Pembantu Hal Ehwal Islam dari Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard, Ustazah Haslina Suliman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast