KUALA LUMPUR – Seorang wanita sarat mengandung terselamat manakala seorang pemandu tersepit selepas dua kereta bertembung dalam nahas jalan raya pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Sungai Lalang, Batu 21 1/2 Kampung Sungai Lalang, Selangor.
Katanya, pada jam 7.10 pagi tadi bilik gerakan pusat operasi negeri menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian tersebut.
“Sampai di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung.
“Wanita sarat mengandung yang memandu Honda City terselamat tetapi lelaki tempatan yang membawa Proton Saga tersepit dibahagian pemandu.
“Mangsa dikeluarkan dari keretanya dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.- MalaysiaGazette