Aslan (tiga dari kanan) bersama Ab. Aziz (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU di MDC Pusrawi, Kota Damansara baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hospital swasta, MDC Pusrawi menjalinkan kerjasama dengan Neowellness iaitu sebuah pusat rawatan berkaitan bekam dan masalah buah pinggang dalam usaha membantu pesakit buah pinggang dan jantung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Berhad (MDC Asia Link) yang juga pemilik MDC Pusrawi berkata, Dr. Aslan Bacho berkata, pihaknya mahu meluaskan cabang perniagaan sedia ada dan menarik lebih banyak pelanggan di antara dua pihak.

Beliau berkata, ini kerana pelanggan Neo­wellness yang beribu pejabat di Kelantan di mana sebahagian besar pesakitnya terdiri dari kawasan Lembah Klang.

Justeru katanya, selepas ini pelanggan boleh mendapatkan rawatan di MDC Pusrawi yang terletak di Kota Damansara yang mana dapat mengurangkan kos rawatan pada masa akan datang.

“Kerjasama ini mengkhusus kepada usaha untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan berkaitan buah pinggang melalui inisiatif Neowellness yang diasaskan oleh Prof Dr. Ab Aziz Al-Safi yang begitu terkenal dalam kalangan pesakit buah pinggang di seluruh negara.

“Pesakit buah pinggang semakin bertambah setiap tahun dan setelah didiagnos penyakit tersebut, hidup mereka hanya bergantung kepada mesin pencuci darah atau melakukan pemindahan buah pinggang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDC dengan Neowellness di ibu pejabat syarikat baru-baru ini.

Neowellness diwakili Ab Aziz yang juga Pengerusi serta Pengarah Perubahan NEO Medicare Group.

Neowellnes ntara yang pusat perubatan yang menawarkan rawatan bekam sejak ditubuhkan pada tahun 2015.

Mengulas lanjut, Dr Aslan turut mengakui kos untuk rawatan penykit buah adalah sangat mahal ketika ini.

Namun jelas beliau, pihaknya mahu menawarkan rawatan alternatif yang menggunapakai mesin ECP melalui kombinasi terapi moden dan komplementari.

“Kos rawatan di MDC Puspawi dijangka dapat membantu mengurangkan beban pesakit buah pinggang dengan kos rawatan yang tinggi kerana berbanding pakej yang ditawarkan di Kelantan adalah antara RM12,000 hingga RM15,000 di bawah pakej penginapan dan rawatan di sana.

“Kami mengguna mesin ECP yang dapat membantu dalam merawat masalah jantung.

“Selain itu, terdapat perkhidmatan seperti Infrared Sauna dan rawatan tambahan lain iaitu Tetra-K yang boleh merawat hingga ke sum-sum tulang dan kapilari darah untuk membantu memperbaiki aliran darah.

“Pada masa, teknik fisioterapi juga akan diberikan untuk membantu pesakit bergerak serta melakukan aktiviti melibatkan kardiovaskular, “ katanya. – MalaysiaGazette