KUALA LUMPUR – Satu video kini tular yang menyaksikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim menyertai satu acara anjuran Perikatan Nasional (PN).
Video TikTok yang berdurasi sembilan minit 30 saat dalam dua bahagian dengan tajuk “Pecat 8 Jam Tanpa Alasan” memaparkan beliau berceramah di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Dalam video itu, Nasir mendakwa, kezaliman telah dilakukan terhadapnya apatah lagi hak untuk membela diri tidak diberikan jika terdapat isu disiplin atau jenayah membabitkannya.
“Saya telah membawa pelaburan bernilai RM1.04 bilion (menerusi) penggambaran filem luar negara di sini yang membuka banyak peluang pekerjaan tenaga tempatan.
“Kenapa saya yang menjadi mangsa apabila cuba membongkar isu ketirisan dana Finas dari 2015 hingga 2016 yang membabitkan 47 syarikat penerbit filem?
“Tiada tindakan yang diambil kerana projek filem penerima dana gagal disiapkan sedangkan orang yang menguruskannya dan patut disiasat, dilantik semula sebagai Pengerusi Finas.