Monyet liar yang ditangkap oleh Perhilitan.

GOMBAK – Polis mendapati tangkapan monyet di taman perumahan Batu Caves dilakukan oleh Pejabat Perhilitan Hulu Selangor selepas mendapat aduan daripada persatuan penduduk di situ.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, penguatkuasaan itu diambil kerana penduduk diganggu monyet liar selain merosakkan harta benda penduduk.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh mengelirukan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Menurut beliau, tindakan berlunaskan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau mengulas video tular yang dikesan tular di media sosial jam lebih kurang 7 petang semalam yang memaparkan tangkapan monyet di kawasan pinggir hutan berhampiran taman perumahan di Batu Caves.

Video itu tular di laman sosial Facebook yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu yang mendakwa kononnya terdapat kerja-kerja menangkap beberapa monyet liar di sebuah kawasan tersebut.

Individu itu mendakwa tindakan penangkapan monyet liar itu sebagai kezaliman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Individu sama turut mempertikaikan tindakan yang diambil oleh beberapa kakitangan Jabatan Perhilitan ketika menguatkuasakan tugas penangkapan itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast