KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memberi cadangan untuk menutup mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang kekurangan murid di bawah 15 orang.
Ahli Dewan Negara, Datuk R Nelson berkata, cadangan Perdana Menteri ialah mekanisme perl dicari bagi membantu menyelesaikan isu kekurangan murid telah disalah tafsir sesetengah pihak.
“Beliau hanya melahirkan kebimbangannya bagaiman sekolah kekurangan murid, ada antaranya kurang daripada 15 murid ini akan beroperasi dengan efektif dengan satu persekitaran kondusif serta kemudahan baik,” katanya, hari ini.
Menurut BNelson, Perdana Menteri tidak menyebut akan menutup sekolah-sekolah yang kekurangan pelajar, langsung tidak ada.
Anwar ketika berucap di Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Sabtu lepas membangkitkan beberapa isu yang membelenggu masyarakat India termasuk isu kekurangan murid di SJKT luar bandar.
Menurut Nelson, adalah tidak adil untuk terus menghakimi Anwar bahawa beliau mahu menutup SJKT yang kekurangan murid. – MalaysiaGazette