KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) , CIMB Investment Bank Berhad (CIMB Investment Bank) berkuat kuasa 15 Jun 2023 .
CIMB Investment Bank adalah sebahagian daripada perbankan borong kKumpulan untuk Kumpulan CIMB, yang mana Novan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bersama.
Novan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan kewangan korporat di seluruh ASEAN, dengan pengalaman luas dalam liputan pelanggan, penggabungan dan pemerolehan, tawaran awam, penempatan swasta, penyelesaian derivatif dan pembiayaan bank.
Sebelum menyertai CIMB, beliau pernah bersama J.P. Morgan sebagai Ketua Pasaran Modal Ekuiti, Asia Tenggara dan Ketua Perbankan Pelaburan, Malaysia.
Novan mengambil alih peranan jawatan ini daripada Jefferi Hashim, yang dipertanggungjawab sebagai Ketua Kumpulan, Perbankan Swasta dan Ketua, Penasihat dan Penyelesaian ESG, Perbankan Borong Kumpulan Kumpulan CIMB.
Jawatan ini membolehkan Jefferi mempergiatkan usaha CIMB Group memacu perniagaan perbankan swasta, serta memperjuangkan agenda kemampanan di seluruh francais perbankan borong sejajar dengan komitmen CIMB untuk membantu pelanggan memajukan agenda ESG mereka melalui penyelesaian kewangan yang mampan.
Di samping itu, Nor Masliza Sulaiman masih Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank dan Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan. – MalaysiaGazette