Superintendan Zaiham Mohd Kahar

KUANTAN – Seorang lelaki warga asing yang didakwa merogol seorang wanita tempatan di Genting Highlands berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 41 tahun kini direman seminggu bermula 12 Jun lalu sehingga 19 Jun ini.

Kejadian itu berlaku pada 12 Jun lalu semasa mangsa berjalan pulang ke bilik sewa rakannya dalam kejadian 5.20 pagi,

”Mangsa telah dipanggil oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel. Suspek kemudian mengajak mangsa untuk tidur bersama namun mangsa menolak pelawaan tersebut.

”Suspek telah bertindak menarik tangan mangsa berusia 20 tahun secara paksaan dan membawa mangsa masuk ke dalam biliknya dan merogol mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, suspek, 41, datang ke Malaysia untuk melancong telah ditahan pada hari sama berhampiran hotel.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara  tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan. – MalaysiaGazette