Poster Temu Anwar di Kelantan, pada Ahad ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Kelantan khususnya anak muda untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Ahad ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang turut memuat naik poster program berkenaan berkata, ia akan diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok.

Katanya, peserta yang hadir bebas melontarkan apa jua persoalan ketika sesi tersebut dan beliau akan menjawabnya.

Program anjuran Anwar Ibrahim Club dengan kerjasama UMK itu akan bermula pukul 1.30 petang dan pendaftaran boleh dibuat melalui www.temuanwar.com. – MalaysiaGazette