KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri daripada pencalonan sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Katanya, keputusan berkenaan adalah demi memastikan organisasi berkenaan sentiasa harmoni dan bagi mengelak berlakunya rasa tidak puas hati.
“Saya buat keputusan ini demi keharmonian dan masa depan DPMM yang lebih cemerlang. Saya dapat tahu saya dicalonkan. Jadi saya buat keputusan tidak mahu bertanding.
“Tidak ada campur tangan politik, ini saya nak mengekalkan keharmonian dalam DPP, kami tidak perlu pergaduhan itu,” katanya ketika sidang media.
Bagaimanapun, Shahidan berkata, beliau memegang jawatan sebagai Presiden DPMM Perlis.
DPMM hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan dipercayai bakal memilih barisan kepimpinan baharunya.
Penyandang terkini Presiden DPMM adalah Abdul Halim Husin.-MalaysiaGazette