Ketua UMNO Bahagian Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail

SABAK BERNAM – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk melayani bekas pemimpin parti itu seperti Tan Sri Noh Omar yang dilihat bebas mengeluarkan kenyataan yang menyerang parti.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, sebaliknya BN perlu memberi fokus untuk memenangkan calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

“Apa yang paling penting, daripada kita fokus kepada mereka ini, lebih baik BN fokus kepada kekuatan dalaman, persediaan dan gabungan kita.

“Ia (langkah) lebih baik untuk menghadapi PRN akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada MalaysiaGazette di pejabatnya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Air Tawar, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau melepaskan Konvoi Bermotosikal Dun Sungai Air Tawar dan Pelancaran Dri Motorsports di Dewan Terbuka Sepak Takraw, Bagan Nakhoda Omar.

Semalam, Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, misi beliau kini untuk membantu Perikatan Nasional (PN) dan memberi laluan kepada muka baharu untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Rizam menyifatkan Noh sebagai bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan beliau tidak hairan jika bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu kerap menyatakan pendirian sebegitu atas pentas ceramah PN.

“Saya nampak isu ini, mereka ini kecewa, jadi orang kecewa ini (Noh) terserahlah kepada masyarakat dan ahli parti untuk menilai. Sudah pasti orang kecewa (Noh) akan berkata apa sahaja.

“Kini beliau kecewa, apabila orang kecewa ini, dia boleh cakap apa sahaja, jadi terserah kepada dia nak bertanding ataupun tidak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Makhluk UMNO jenis ni sukar dibersihkan menjadi baik. fikiran sontot… bijak lagi Rohinnya dan Bangla boleh mengasingkan emosi dengan akal fikir.
    ZAHID HAMIDI makhluk paling “KECEWA” after PRN 6 NEGERI… kita tengok dulu….

Comments are closed.