MANILA – Seorang anggota Kumpulan Abu Sayaf (ASG) berusia 13 tahun dan pemimpin kumpulan itu menyerah diri kepada pasukan keselamatan di selatan Filipina, kata tentera.
Ramaja berusia 13 tahun itu menyerah diri kepada pasukan tentera di Indanan, sebuah bandar di pulau Sulu, kata para pegawai.
Beliau menyertai Kumpulan Abu Sayyaf ketika berumur 10 tahun, dan menyalahkan ibunya yang merupakan anggota pengebom berani mati ASG yang terkorban dalam letupan di Indanan pada 2019, kerana memperkenalkannya kepada kumpulan tersebut, katanya kepada tentera.
Remaja berkenaan bersama pemimpin kumpulan itu yang dikenali sebagai Ellam, 26, yang menyerah diri itu turut menyerahkan rifal M-16 dan 20 butir peluru.
“Dia merupakan pengganas remaja warga asing terakhir,” kata tentera dalam satu kenyataan yang merujuk kepada remaja terbabit.
“Remaja tersebut menyertai ASG ketika berusia 10 tahun dan terlibat dalam pertembungan di Sulu yang mana dia mengalami dua kecederaan di kepala dan tangan kanan,” kata tentera.
Menurut kenyataan itu, di memasuki Filipina menerusi lapangan terbang antarabangsa Manila bersama ayah tiri, ibu dan dua adik beradiknya.
Keluarganya kemudian berpindah ke Sulu dan pada tahun sama keluarga tersebut menyertai sebuah unit yang dikendalikan seorang pemimpin ASG, Hatib Hajan Sawadjaan.
Sawadjaan dipercayai maut dalam pertempuran dengan tentera pada 2020 namun mayatnya tidak dijumpai.
Ibu ramaja tersebut, Reda Mohammad Mahmud, metelupkan dirinya semasa misi pengeboman berani mati di Indanan pada September 2019, menurut tentera.
Ayah tiri remaja itu, Abdurahim, dan salah seorang adik beradiknya, Abdurahman terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Jndanan pada 2019, menurut tentera.
Abangnya, Yusof, meninggal dunia dalam pertempuran dengan tenetra di Pitakul, Sulu pada 2019.
Menurut taklimat awal tentara, remaja tersebut menyangka keluarganya pergi bercuti di Filipina pada 2017.
Remaja itu berkata, ibunya ‘menyeret dia dan dan adik-beradiknya dalam situasi yang menakutkan yang mana mereka perlu menghadapi angkatan kerajaan dan melaksanakan kekejaman’, kata tentera.
Sementara itu tentera berkata, Ellam yang menjadi pemimpin menyertai ASG pada usia 15 tahun.
Beliau dilaporkan berkhidmat di bawah pemimpin kanan abu sayaf, Radullan Sahiron yang dilaporkan terkorban di Sulu pada Mac lalu.
Bagaimanapun, maklumat tersebut tertakluk kepada pengesahan tentera. – Agensi