Amad Diallo.

LONDON – Manchester United dilaporkan akan menghantar pemain sayap Amad Diallo secara pinjaman ke Atalanta sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menandatangani Rasmus Hojlund yang kini menjadi sasaran utama Erik Ten Hag pada musim panas ini.

Menurut The Athletic, Hojlund turuy berminat untuk menyertai United pada musim panas dan rundingan dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Laporan itu juga menambah Atalanta telah memberitahu Hojlund yang mana dia hanya boleh dilepaskan dengan harga €100 juta (£85 juta), lebih dua kali ganda daripada jangkaan.

United tidak akan membayar wang sebanyak itu untuk Hojlund pada musim panas ini dan mungkin perlu mengambil langkah sedikit kreatif.

Koresponden Steve Bates memberitahu United akan menghantar Amad ke Atalanta di man Ten Hag sedia melepaskan Diallo pergi secara pinjaman selama setahun lagi selepas menyinar bersama Sunderland dalam Liga Kejuaraan EFL.

“Terma pinjaman semula Amad kepada Atalanta kini dijadikan sebagai sebahagian daripada potensi perpindahan Hojlund ke United.

“Rancangan ini mewujudkan situasi menang- menang untuk semua pihak yang mana United akan mendapat penyerang yang mereka inginkan dengan tanpa membayar lebih,” kata laporan itu.

Hojlund mempunyai potensi yang besar tetapi masih mengasah bakatnya di usia 20 tahun.

Dia menjaringkan 10 gol dalam 34 perlawanan musim lalu yang merupakan rekod yang agak memberangsangkan tetapi tanda harga £85 juta adalah nilai yang terlalu berisiko untuk ditanggung oleh United.

Pada masa sama, Diallo boleh menguji dirinya di peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya dapat membantu United pada masa hadapan.

Walaupun Amad disertakan dalam perjanjian untuk menandatangani Hojlund, Atalanta mungkin masih boleh mengenakan yuran perpindahan yang tinggi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast