Ariffin Mat Dris

KUANTAN -Bekas anggota Pasukan Kawalan Tempatan Persekutuan Tanah Melayu atau ‘home guard’ tertua di negara dikenali Tokchek yang berusia lebih 110 tahun kini terlantar tenat di Hospital Lipis sejak 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, insan yang banyak berjasa ketika zaman darurat  itu dimasukkan ke Hospital Lipis kerana mengalami penyakit saluran darah bengkak.

Ariffin Mat Dris yang pernah menyertai pasukan Special Constanle sehingga 1 Julai 1959 selepas pengganas komunis meletak senjata menghabiskan sisa hidupnya di Kampung Kerambit, Lipis.

Jelas Azli, ‘home guard’ merupakan sebuah pertubuhan sukarelawan yang ditubuhkan oleh British pada 1950 di Persekutuan Tanah Melayu.

”Kali terakhir Arifin bertugas menyertai pasukan polis selama beberapa tahun berkhidmat di Balai Polis Meranti Pasir Mas sebelum pulang ke Lipis. Sekarang beliau terlantar dan ditempatkan di Wad 3A Hospital Kuala Lipis, Pahang dan dijaga baik oleh anak-anaknya.

”Bagi menghargai perjuangan dan menjaga kebajikan ke atas bekas pesara polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis mengadakan kunjungan ke hospital pada 15 Jun lalu.

”Sumbangan disampaikan oleh Inspektor Khairul Anam Ismail bebentuk hadiah dan wang tunai kepada pesara tanda keprihatinan ke atas pesara yang sedang sakit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis Pahang bina rumah bekas pejuang zaman komunis

Homeguard tertua di Malaysia jadi keluarga angkat IPD Lipis

Semasa berkhidmat sebagai ‘home guard’, beliau pernah bertempur dengan komunis di Daerah Weng, Sungai Golok dan pasukannya menembak mati seorang dan mencederakan musuh.

Menurut Azli, Ariffin lebih banyak memantau dan menjaga keselamatan kampung termasuk sekatan jalan raya.

”Semasa bertugas anggota dibekalkan dengan senapang patah Johnson atau dikenali sebagai senapang cap burung hantu untuk mengawal dan menembak pengganas di mana ketuanya  adalah seorang pegawai British yang mempunyai displin yang tinggi dan tidak beri muka untuk patuh arahan dan berani berdepan musuh.

”Pada umur 18  tahun, dia pernah mselihat pendaratan Jepun di Kota Bharu dan pernah bertempur dengan Jepun sehingga akhirnya bekerja dengan Jepun sebagai ketua kawad,” katanya.

Azli berkata, Ariffin juga dilatih menjalani kawad kaki dan dilantik sebagai jurukawad serta berpeluang mempelajari bahasa Jepun, malah boleh menyanyikan lagu Jepun dans elepas bersara pada 1963, Ariffin bekerja di lombong.

Sementara itu keuzuran pahlawan negara itu tersebut turut disahkan oleh keluarga Ariffin, kini sedang menjaganya di hospital.

Sementara itu anak kelima Ariffin, Kamarulzaman Arifin, 49, berkata, keadaan kesihatan ayahnya tidak stabil kerana kekurangan oksigen.

”Sekarang doktor sahkan gula tinggi dalam darah, sebelum ini belum pernah bacaan tinggi macam ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast