KUALA LUMPUR – UMNO mengakui parti itu tidak pernah bekerjasama dengan DAP sepanjang pembentukannya sebagai parti terbesar orang Melayu.
Bagaimanapun, kerjasama itu berlaku selepas tidak ada mana-mana parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu menang secara majoriti.
Berikutan itu, kata Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hanya mendapat 30 kerusi menyahut cadangan Yang di-Pertuan Agong agar bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Katanya, ketika itu baginda menawarkan kepada Perikatan Nasional (PN) agar bekerjasama dengan PH tetapi ditolak menyebabkan UMNO dan BN menyahut cadangan itu.
“Itu pun melalui kerjasama BN dengan PH kerana maslahah menyelamatkan masa depan UMNO. Andainya PN iaitu Pas dan Bersatu berkuasa serta UMNO dan BN yang hanya mempunyai 30 anggota Parlimen menjadi pembangkang, maka cita-cita Bersatu hendak ‘membunuh’ UMNO mungkin berhasil.
“Masalah sekarang mengapa tidak tanya Pas, apa hukum kerjasama Pas dengan parti Gerakan sedangkan Gerakan juga adalah parti kaum Cina dan sejarahnya adalah pencetus Peristiwa 13 Mei kira-kira 50 tahun dahulu,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Jelas Dusuki, Pas pernah berpelukan dengan DAP dalam PRU 1999, 2008 dan 2013.
“Hasilnya, Pas beroleh kemenangan tertinggi. Pas berkata bahawa bersama DAP itu adalah anugerah Allah kepada mereka tetapi apabila UMNO bersama DAP mereka tuduh kafir pula,” katanya. – MalaysiaGazette
Dasuki Ahmad ni betul-betul wins…. President Ulamak UMNO tu…. yang tidak tahu HUKUMHAKAM Islam, dia siap tanya PAS tu… harap tidak dijawab supaya dia masuk sekolah lagi…
wahai SANG Dasuki… dengar baik-baik dan hadamlah tanpa rasa was-was bahawa carilah yang BAIK serta TERBAIK dan jika tiada maka pilihlah JAHAT yang paling kurang JIKA TERPAKSA.
wahai SANG Dasuki… ketahuilah oleh kamu bahawa DAP itu telah berkali-kali membuat kerosakan maka SEBAB itulah DAP dibuang oleh PAS. moral ANDA masih hidup dan TUA lagi bagaimana tiada daya AKAL memikirkan itu.
dicontohkan orang terdahulu menempuh malapetaka kerosakan akhlak maka tidak perlu kamu menghantar tengkok untuk disembelih atau ANDA TAHU itu adalah KARNIBAL rasanya tidak mungkin SANG DASUKI membawa anakbini berumah disitu kecuali anda golongan itu… Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI
baca komen pun rase dah kurang respek…
Jawapan yang mudah! dalam agama kita ada landasan yang baik,selagi mana sesuatu itu sudi bekerjasama.jadi tiadalah masalah..
D.A.P memutuskan hubungan dengan P.A.S dan ia kekal..BTW “di dalam politik tidak selamanya kawan & tidak selamanya musuh” Tuan Guru Hj Abdul Hadi