Datuk Dr. Azimi Yunus menunjukkan Kod QR SOBAT

KUANTAN – Jerantut mencatat rekod rampasan ubat dan kosmetik haram tertinggi di Pahang dalam tempoh lima tahun sejak 2018 dengan nilai kira-kira RM1 juta.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus, sebanyak RM3 juta nilai rampasan membabitkan 114,430 unit ubat dan kosmetik haram direkodkan di seluruh negeri menerusi serbuan ke atas 382 premis dalam tempoh yang sama.

“Tahun ini sahaja kita telah membuat serbuan sebanyak 42 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM13,340 unit Ubat Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi dengan nilai sebanyak RM230,000.

“Terkini kami telah melakukan serbuan pada 12 Jun yang lalu yang kita namakan menerusi Ops Shine di Temerloh dan Kuantan membabitkan dua premis dengan rampasan bernilai RM193,000,” katanya.

Nor Azimi berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sahabat Ubat Pahang (SOBAT) di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang hari ini.

Datuk Dr. Azimi Yunus

Mengulas mengenai SOBAT, beliau berkata, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Pahang telah melaksanakan inisiatif itu ekoran peningkatan trend memasarkan penjualan ubat dan kosmetik haram menerusi atas talian.

Justeru, SOBAT bertujuan memperhebat lagi kerjasama orang awam dan JKN Pahang dalam membanteras Ubat Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi di pasaran.

“SOBAT Pahang merupakan satu pusat sehenti untuk memudahkan orang awam menyalurkan aduan ke CPF Pahang dan mendapatkan maklumat berkenaan ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.

“Orang awam hanya perlu mengimbas QR code untuk mengakses pautan SOBAT Pahang. QR code ini telah diedarkan di premis-premis farmasi komuniti dan klinik perubatan swasta dan akan diperluaskan edaran ke seluruh negeri Pahang,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi berkata, pihaknya hanya menerima 15 aduan daripada orang ramai pada tahun lepas berbanding serbuan yang telah dijalankan adalah lebih daripada itu.

Katanya, is jelas membuktikan orang ramai masih tidak mengetahui cara menyalurkan aduan berkenaan Ubat Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi dan berharap agar SOBAT dapat membantu memudahkan proses itu.

Untuk makluman, SOBAT Pahang dilengkapi dengan fungsi-fungsi berikut:

  • Semakan status pendaftaran ubat dan notifikasi kosmetik di pautan Quest
    3+
  • Semakan ketulenan hologram di pautan Farmachecker
  • Status kelulusan iklan ubat di pautan www.pharmacy.gov.my/kkliu
  • Menyalurkan maklumat aduan di pautan Salurkan Maklumat Anda dan
    Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)
  • Maklumat kesedaran berkaitan ubat berdaftar dan kosmetik di pautan
  • Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast