MK merupakan duta PPTI.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, MK K-Clique mengucapkan tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang diumumkan baru-baru ini.

MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, Nur Aishah membuktikan tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan apabila gagal dalam subjek pada peperiksaan akhir sebelum ini.

“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI.

“Difahamkan pada peperiksaan akhir, subjek Kimia gagal. Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.

“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya di Instagram miliknya.

MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.

Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.

MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara pesanan langsung di Instagram.

Jumaat lalu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini.

Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara. – MalaysiaGazette