KUALA LUMPUR – Astana Negeri Sarawak menafikan berita tular yang mendakwa Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sedang sakit.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Astana Negeri Sarawak mengesahkan Abdul Taib dalam keadaan baik dan sihat.
Kami ingin memberi jaminan bahawa semua berita tular dan tidak disahkan berkenaan kesejahteraan Tun dalam platform media sosial, bukan dari Astana Negeri Sarawak adalah benar-benar palsu dan tidak benar.
“Kami berharap dengan kenyataan akhbar ini, semua laporan tidak benar dan khabar angin mengenai Tun Abdul Taib Mahmud dihentikan segera,” ujar Astana Negeri Sarawak. – MalaysiaGazette