Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan persediaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas Perikatan Nasional dan parti-parti lain. Beliau bercakap kepada media selepas bersama-sama Perdana Menteri pada program makan tengah hari dan solat Jumaat di Bandar Tun Hussein Onn.