pengundi bukan Melayu Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Memang mudah memburukkan orang lain tapi pemimpin utama DAP pun masih berdepan dengan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Lantaran itu, Tan Sri Shahrir Samad mempersoalkan suci sangat ke pemimpin dan para penyokong DAP.

Veteran UMNO itu mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Kenyataan Shahrir itu dipercayai ditujukan kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang berdepan dengan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, kalau Pua dan ‘bijak pandai’ DAP bagus sangat ketika berada mentadbir Kementerian Kewangan semasa Kerajaan PH 1.0, mengapa urustadbir negara tidak lebih cemerlang dari masa BN.

Jelasnya, rasuah dan salahguna kuasa ada undang-undang untuk diatasi jenayah ini.

Tapi tidak ada undang-undang untuk mengatasi kurang kebijaksanaan mentadbir negara, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. UMNONGOK pimpinan ZAHID asyraf wajdi….SERTA SEKUTUNYA….sanggup jadi MUNAFIK BESAR ..NO DAPIG NO ANWAR..tanyalah Asyraf wajdi pernah MENYALAK 1O sebab umnongok menentang DAPIG

    PIMPINAN AHLI PENYOKONG UMNO terus jadi NGOK bila LKS diberi tan SRI…orang yg sanggup bawa ABU chin peng…13 mei…malaysia malaysian…menentang dasar dan negara ISLAM

    NASI DAH JADI BUBUR….umno xperlu melenting kerana tidor sekatil dan sebantal DAPIG
    TUNGGU juga komentar MT dan speaker Johor ..Fuad Jakarshi pada DAPIG

Comments are closed.