Tony Pua

KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP adalah tidak benar.

Pemerhati politik, Lim Sian See mendakwa, Pua telah dilantik oleh Loke sebagai Penasihat dasar kepada Setiausaha Agung DAP sejak bulan Mei 2022 tahun lepas.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil turut bertanya adakah Pua ini masih Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP.

Untuk rekod, Loke telah mengumumkan Pua sebagai Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP pada tahun lalu.

Loke yang mengulas kenyataan panas Pua dengan menyatakan Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan ‘korup’ berkata, bekas Ahli Parlimen Damansara itu
sudah tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam DAP.

Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.