Laporan polis telah dibuat admin page kononnya akaun Facebook Us. Khalil Yahya telah digodam.

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah empat hari, Admin Page Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pas) Kubu Gajah, Khalil Yahya masih dipenuhi komen berbaur kutukan dan makian daripada netizen.

Cacian itu menunjukkan netizen tidak boleh menerima seseorang pemimpin, terutama dari sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam menabur fitnah secara terang terangan terhadap pihak lawan.

Ini yang berlaku kepada Khalil apabila beliau memuatnaik poster yang mendakwa kerajaan perpaduan melantik pimpinan DAP, Teressa Kok sebagai Pengerusi Felda, menggantikan Tan Sri Idris Jusoh pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, Felda menafikan dakwaan itu dengan mengatakan tiada pelantikan atau pengumuman rasmi berkenaan pengerusi baharu agensi itu.

Sejak hari itu sehingga kini, setiap kali Admin Page Facebook Khalil Yahya memuatnaik status, tidak ada satu pun komen bersifat positif, semuanya negatif dengan kata-kata cacian ke atas wakil rakyat itu.

Semalam contohnya, walaupun Admin Page Khalil Yahya memuatnaik status hantaran mengenai tiga amanat pemimpin Pas sebagai palsu, tetapi tetap menerima komen negatif, bukan simpati daripada netizen.

Mohd Iqbal Abu Bakar misalnya meninggalkan komen, bila ustaz pun perangai haprak memfitnah orang sesuka hati, so apa lagi kita nak expect dari golongan awam yang cetek ilmu agama? Faktanya, parti yang berjenama agama ni la pemimpinnya kuat memfitnah orang dan kalah di mahkamah. Ini fakta dan realiti.

Azam Karap: Hang fitnah orang, hang minta maaf. Orang yang hang fitnah tu tak report polis pun. Tapi, bila hang rasa hang kena fitnah, cepat-cepat nak report polis. Itulah perasaan YB Teressa bila hang fitnah dia.

Muhd Faiz: Sebab tu banyak kali aku cakap, aku tak percayai lebai. Maaf ya yang kawan dengan aku. Kau nak sokong, boleh sokong, tapi jangan taksub sangat. Mereka tu manusia biasa, bukan Nabi.

Zailan Oyan: Inilah akibatnya berfikir dengan lutut. Mula tuding kepada admin page, bila polis siasat tuding kepada pengodam. Senang jadi Pas ni, semua salah orang, yang dia baik semua. Podah punya Pas.

Facebook Us. Khalil Yahya tidak pernah sunyi dari kutukan dan makian netizen selepas admin page memuatnaik poster berbaur fitnah terhadap Teressa Kok.

Sementara itu, dalam status lain pula yang tidak ada kaitan langsung dengan fitnah ke atas Teressa, hanya memuatnaik poster ceramah Himpunan Gempur PN, juga tidak lari dari kutukan dan cacian netizen.

Netizen Shang Sebastine Linang meninggalkan komen, sebesar zarah pun aku tak rasa hormat dengan lebai-lebai kaki fitnah ini.

Dijawab pula oleh Innuedous Yeah, nak jaga admin pun tak mampu, macam mana nak jaga negeri atau negara.

Fazli Hj Ahmad Nadzri: Wow, Haji Razman Zakaria raja fitnah Malaysia ada dalam poster. Apakah fitnah yang akan dijajakan oleh beliau dan geng-geng parti ajaran sesat untuk kali ini?

Abe Joe: Fitnah tak nak gempur pemfitnahkah Us. Khalil Yahya? Suka ana tazkirahkan anta dengan sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah RA, maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) – Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105).

Walaupun dimaki hamun sebagai kaki fitnah, admin page Us. Khalil Yahya tetap memuatnaik status baharu tanpa menghiraukan penghinaan yang diterimanya.

Lebih menarik, dalam statusnya dua hari lalu ketika menyatakan kalau benar PMX bersetuju lantik Teressa untuk terajui Felda, beliau secara peribadi bersetuju.

Dalam status itu juga, Admin Page Khalil Yahya menyelitkan ayat, “Lagipun ada pepatah kuali”.

Dalam carian Malaysia Gazette, maksud pepatah itu ialah orang yang tahan hati walaupun dimarahi. Contoh ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.

Maknanya, Khalil seorang yang tahan hati daripada dimaki hamun oleh netizen, dengan hampir setiap hari memuatnaik status walaupun diserang dengan pelbagai kata nista. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast