sektor
V. Sivakumar

KUALA LUMPUR –  Malaysia dalam proses menyertai Alliance 8.7 sebagai salah sebuah negara ‘pathfinder’ yang menyokong sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 8.7. 

Ia juga bagi mempercepatkan penghapusan buruh paksa, perhambaan moden menjelang 2030 dan buruh kanak-kanak selewat-lewatnya 2025.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Malaysia komited dengan objektif serta misi SDG 8.7 dan sedang bergerak ke arah itu.

Katanya, pada persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-111 Malaysia telah menekankan komitmen kerajaan dalam usaha memerangi isu buruh paksa.

“Antaranya pindaan Aka Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah mewujudkan peruntukan baharu iaitu Seksyen 90B berhubung buruh paksa. Malaysia juga telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional (2021-2025) berhubung buruh paksa pada November 2021,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kata Sivakumar, akan bertindak terhadap aduan jika wujudnya elemen buruh paksa walau hanya satu daripada 11 indikator buruh paksa yang digariskan ILO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast