Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Pelancaran Rakan Muda Nafas Baru di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor. Foto MUHD NA’IM, 25 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Program Rakan Muda yang dilancarkan pada 1994 diperkenalkan semua oleh Kerajaan Perpaduan bagi mempersiapkan generasi baharu yang mempunyai cita-cita murni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan semula program berkenaan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini berkata, program berkenaan akan memberi ruang kepada anak muda untuk menerapkan nilai kemanusiaan dan saling hormat antara satu sama lain.

“Saya lega mendengar sendiri daripada sudara, semangat iltizam anak muda kerana Rakan Muda ini satu program yang memberi ruang anak muda memilih.

“Kerangka besar adalah mempersiapkan suatu generasi mempunyai cita-cita murni, nilai kemanusiaan, nilai insan, hormat antara satu sama lain.

“Yang senang dengan kebaikan, persaudaraan, kemajuan, teknologi baru dan senang dengan muzik,” katanya.

Menurut Anwar, program tersebut juga menyediakan generasi baharu yang benci kepada rasuah, benci dengan hipokrasi, salah guna kuasa serta benci terhadap pihak yang menghina kaum-kaum lain.

Turut hadir adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang merupakan menteri ketika program berkenaan dilancarkan 29 tahun lalu.

“Saya mahu supaya kementerian, kerajaan memberi ruang kepada mereka (anak muda). Biar mereka sendiri putuskan.

“Ini pendekatan Malayisa Madani, tak mahu pemikiran lapuk, terkongkong, jumut, memecah belah. Kita semua adalah bersaudara Cina, Melayu, India, Dayak.

“Siapa yang akan kekalkan Malaysia, yang tentukan (masa depan) bukan orang tua lapuk pemikiran, pecah belahkan kaum. Yang akan tentukan kemanan adalah saudara, bekerja menyelamatkan anak bangsa,” kata Anwar dalam ucapan perasmian.

Pelancaran semula itu menyaksikan pertambahan satu lagi kategori iaitu Rakan Demokrasi dan Rakan Litar.

Kategori lain dikekalkan iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi,Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

Logo, lagu dan tagline Rakan Muda ‘Yakin Boleh’ yang diperkenalkan pada tahun 1994 turut dikekalkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast