Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto MOHD ADZLAN 26 JUN 2023.

GURUN – Permit import (AP) ayam dari Thailand akan ditambah sekiranya perlu.

Demikian jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu ketika diminta mengulas berhubung dakwaan AP itu akan ditambah lagi.

“Penternak mahu harga paling tinggi untuk dijual manakala pengguna pula, mahukan harga murah.

“Namun tugas kita adalah untuk memastikan  jaminan bekalan ayam mencukupi serta harganya tidak melambung tinggi.

“Jadi kita hanya akan tambah AP import ayam itu sekiranya perlu,” katanya selepas mengadakanlawatan kerja ke kilang  Malaysia NPK Fertilizer Sdn Bhd di sini, hari ini.

Tambah Mohamad, pihaknya akan mengeksport ayam sekiranya berlaku isu lambakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast