Tertuduh, Sheila Sharon a/p Steven Kumar atau dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' hadir ke mahkamah didakwa atas pertuduhan kes ugutan jenayah dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam di Mahkamah Selayang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 26 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Suasana dalam Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi hampir kecoh apabila Inspektor Sheila cuba menghalang anggota polis menjalankan tugas termasuk menggari tangannya semasa proses ikat jamin.

Kejadian berlaku selepas Majistret Chai Gua Hock menolak permohonan peguam Sheila, M. Manoharan untuk mendapatkan bon jaminan polis dan hanya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000.

“Arahan siapa (gari)? Siapa beri arahan kepada kamu gari saya?

“Saya pegawai polis bukan orang awam, saya tak akan melarikan diri sebab saya masih lagi berkhidmat,” katanya ketika kepada seorang anggota polis bertugas di dalam kamar tertuduh di Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

Sementara itu, Sheila ketika ditemui di luar kamar mempertahankan tindakannya yang enggan digari selepas pertuduhan kes terbabit.

“Malah tadi pun mereka nak gari saya, dua kali mereka cuba (gari), mereka desak saya untuk lakukan banyak perkara.

“Jangan ajar prosedur kepada saya.Saya dalam perkhidmatan (polis) selama tujuh tahun, saya tahu prosedur lebih baik, saya bukan orang awam.

“Saya pegawai polis, kenapa perlu digari, adakah anda berniat untuk sabotaj saya, untuk menjatuhkan maruah saya.

“Saya sudah berpakaian kemas, saya telah hadir dan berikan kerjasama dengan pihak mahkamah, tapi kamu masih nak menggari saya, apakah tujuannya,” katanya lagi.

BACA: Inspektor Sheila didakwa hina warga emas

Terdahulu Sheila atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven yang sebelum ini memarahi anggota polis berpangkat rendah dan orang awam hingga klip videonya tular tular di media sosial berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berusia 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chai Gua Hock.

Mengikut pertuduhan pertama, Sheila Sharon melakukan ugutan jenayah ke atas Silverkoomarie Muthiah, 69, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada wanita warga emas terbabit.

Mengikut pertuduhan kedua pula, Sheila Sharon dengan niat menghina kesopanan dengan berkata “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” terhadap Taneswaran Palaraman.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah rendahkan jawatan anggota polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pecat saja manusia macam ni. PDRM tak perlu pegawai sebegini..perosak imej PDRM yg telah sedia tercalar.

Comments are closed.