PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menangguhkan pendengaran rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung malam tadi.
Peguam mewakili Mohd Isa, Datuk Salehuddin Saidin memaklumkan anak guamnya telah dimasukkan ke hospital dan laporan perubatannya hanya keluar pagi tadi.
Salehuddin juga memaklumkan isteri Mohd Isa yang juga penjamin dalam kes ini turut tidak sihat kerana sakit lutut dan tidak boleh berjalan.

“Kami baru dimaklumkan mengenai perkara itu dan mohon maaf atas kesulitan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah penangguhan berkenaan.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, memutuskan prosiding ditangguhkan ke 16 Oktober depan.
Untuk makluman, prosiding ini sepatutnya didengar pada 7 Mac lalu ditangguhkan ke hari ini bagi memberi masa kepada pembelaan memfailkan hujahan balas pihak pendakwaan.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta, berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Namun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta di samping menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga rayuan selesai. -MalaysiaGazette
Isa Samad ni aq puji macam NAJIB RAZAK sebelum masuk penjara dan serupa ZAHID HAMIDI yang akan masuk penjara. biasalah PENYAKIT DATANG TIBA-TIBA bila MASUK MAHKAMAH. tangguh je takdan besok tak sampai setengah jam… eloklah tu…. dan datang lagi secara teratur.. Kemas Isa Samad ni