Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media semasa hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2023.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pelajar Institut Pendikan Guru Malaysia (IPG) tidak menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempersoalkan mengapa kerajaan mengamalkan dasar diskriminasi sedangkan pelajar IPG juga merupakan mahasiswa yang belajar di pusat pengajian tinggi.

“Kenapa pelajar IPG ditinggalkan? Mereka ini pelajar sepenuh masa juga. Bakal cikgu! Pelajar lain semua dapat. Tak kira kaya dan miskin.

“Di IPTA dan IPTS, kenapa mereka dianaktirikan lagi?” soal beliau di Twitternya hari ini.

Ciapan itu dibuat Syed Saddiq selepas menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa beliau gagal memperoleh kredit eBelia Rahmah.

Aduan itu berkata, pengadu tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menerima kredit tersebut.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan belia akan menerima kredit sebanyak RM200 bermula 8 pagi ini kepada mereka yang berusia 1 hingga 20 tahun.

Media sebelum ini melaporkan, belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun 2023 pukul 8 pagi.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan dipetik berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast